welcome

Blogaholic Designs”=

Friday, December 24, 2010

LAPORAN RESULT PMR 2010



LAPORAN RESULT PMR 2010
KUALA LUMPUR: Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun. 
Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd Adenan Deraman, berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lalu.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.
Beliau berkata tiga sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. 

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah. 
Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil. 
Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya. 
Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil. 
Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lalu. 
Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Saad, berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lalu. 
Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lalu. 
Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lalu. 

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abdidin, berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya. 
"Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya. 
Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus. 
Hussain berkata peningkatan pencapaian itu adalah peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini. 
Di JOHOR BAHRU, seramai 3,575 calon daripada keseluruhan 53,082 calon PMR di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki. 
Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran, berkata secara keseluruhannya prestasi PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007. 
"Pencapaian keputusan cemerlang (semua A) meningkat sebanyak 267 orang (0.61 peratus) iaitu daripada 3,308 orang (6.12 peratus) pada tahun lalu kepada 3,575 orang (6.73 peratus), tahun ini," katanya. 

Di PULAU PINANG, seramai 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua matapelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lalu. 
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Ibrahim Mohamad, berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon. 
Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lalu. 
Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun. 
Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lalu. 
Di KANGAR, seramai 333 calon atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran. 
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun, berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding *** calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus. 
Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A. 
Tiga sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu

Sunday, December 19, 2010

PERSONALITI MELALUI JENIS DARAH

PERSONALITI MELALUI JENIS DARAH


DARAH O        
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerj berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasaidengan tekanan.     

DARAH A       
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamuitu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B        
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat dirimu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian

DARAH AB     
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Wednesday, December 8, 2010

SUNGAI DALAM DIDALAM LAUT

sungai ini ada di dalam laut
dan akhirnya org yg temui bukti ini memasuki islam
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Saya menerima email mengenai sungai di bawah laut.  Mengkagumkan!  Subhanallah.  Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati?
Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi.  Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua.  Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah.  Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan.  Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan.  Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto  dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.
Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu.  Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.
*********************************************************************
KISAH AIR MASIN AIR TAWAR
&
SUNGAI DALAM LAUT


وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)
BACA KISAH NIE ORG YG JUMPA AKHIRNYA PELUK ISLAM

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau.  Dia  seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.  Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.  Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam.  Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu.  Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez .   Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya:  Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.  Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya:  Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.  Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat.  Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.  Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.  Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”.  Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico .  Disana ada sebuah gua.  Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. 

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Al-Rahman 55: 13)

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)

Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau. Hal itu sama ada benar atau tidak, saya sudah mengulasnya dalam ruangan komen. Terdapat perkongsian idea daripada para pembaca yang saya luluskan penerbitannya. Harap dapat baca semua komen terutama yang memberi fakta berbeza untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang artikel ini.
Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.

Tuesday, December 7, 2010

KEAJAIBAN TELEFON YG KITA SENDIRI TAK TAU

Keajaiban telfon yg kita tak tau

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda  sedikit sebanyak boleh
membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1)      NOMBOR KECEMASAN
-          Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan iada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2)      KERETA TERKUNCI
-          Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat  ' ON '  pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta  anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3)      KUASA BATERI TERSEMBUNYI
-          Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika
bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4)      TELEFON KENA CURI
-        Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun  ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya...

Saturday, December 4, 2010

TGK JE JENIS RAMBUT DAH TAU SIKAP KORG CAM MANA

RAMBUT ???


1)RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan            

2) RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat,
romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,        


3) RAMBUT KERENTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
        

4) RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.   

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.        

6) RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.        

7) RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.      

8) RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.   

9) RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.      

10) RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri         

11) BOTAK - sendiri pikir.. 

Friday, December 3, 2010

cerita mana best???

MANA BEST???
VS
mana best takkan nak tgk2 dua ..ish2 duit tu....taknak~~~membazirrr

ada sapa2 nak bg idea~~jom sapa2 nak follow????

RESEPI MEE BASAH UDANG


RESEPI MEE BASAH UDANG
MEE BASAH UDANG

mee1 bungkus mee kuning
200 g udang
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 mangkuk tauge
1 mangkuk stok udang
daun bawang
minyak untuk menumis
Cara penyediaan
1. Udang di buang kepala dan kulitnya. Kepala udang di tumbuk kasar kemudian campurkan 1 mangkuk air. Tapis dan ambil air udang ini untuk dijadikan stok udang.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi yang telah ditumbuk hingga wangi.
3. Masukkan semua sos tiram, sos cili,  kicap manis dan udang. Kacau seketika kemudian stock udang.
4. Bila kuah mendidih masukkan mee kuning, sesuaikan rasa dan last sekali masukkan tauge.
5. kacau seketika, taburkan daun bawang dan bolehlah dihidangkan.

PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT

PERKARA SUNAT DILAKUKAN HARI JUMAAT 
GAMBAR HIASAN

1. MANDI
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.
Sabda baginda yang bermaksud,
"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
2. Menghias dan Pakai Wangi²an
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."

3. Memotong Kuku
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4. Membaca Surah al-Kahfi
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq."
(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah
Sabda baginda yang bermaksud,
"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat."
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Sabda baginda yang bermaksud,
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku….

~~TAZKIRAH JUMAAT~~

Mangkuk Yang Cantik, Madu Dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

SAGU HATI BAGI YANG BERKENTUT

SAGU HATI BAGI YANG BERKENTUT

Masih soal kentut dan orang –orang soleh yang bijaksana. Suatu hari seorang tuan guru dan beberapa muridnya sendang menghadiri majlis kenduri, tiba-tiba salah seorang diantara murid itu terkentut. Teman-temannya agak kecewa dan merasakan agak malu akan kejadian itu. Tiba-tiba tuan guru berkata: “ dahulu ada sesorang kakitangan penjajah Belanda yang baik hati. Jika kebetulan mendengar orang berkentut, dia mengeluarkan sedikit wang dari sakunya lalu diberikannya kepada yang berkentut.”
“mengapakan demikian?” Tanya para pelajar.
“ dia merasakan berterima kasih. Sebab kalau kentut orang itu ditahan, boleh menyebabkan penyakit perut. Akibatnya, belanda kena menanggungkan kos hospital yang lebih banyak.”
Dengan cara ini, tuan guru telah mengalihkan perhatian para pelajar yang menggangap temanya 

Thursday, December 2, 2010

DEDIKASI WAT WARGA PEERS UiTM ARAU

FAMILY PEERS



RINDU NGAN KORG SEMUA,,

Thanks kat korg yg sama2 membantu membangunkan kembali peers
Mmg byk pahit dan manis kita kongsi
Dah mcm satu family
Harap kita stay terus cam nie~~
Stand up for peers

PERSONALITI MELALUI TARIKH LAHIR



PERSONALITI MELALUI TARIKH LAHIR



1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soalcinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.         
2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu  sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.
3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan.Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.
4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.        
5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi. 
6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu.  Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.       
7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!          
8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!   
9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.           
10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadang kala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!            

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadang kala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan??    
12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu  memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu,ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudah pun berpunya!!      
13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja.Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta,kamu amat pandai menjaga perhubungan.
14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran  cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!       
15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba2. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'. 
16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya... . sekejap mood  kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit. 
17hb. Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.  
18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untukmelafazkan katasayang.   
19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.  
20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada saja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!        
21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus-terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.
22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada disampingnya.       
23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingikamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.
25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak taukan ??          
26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!
27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!! 
28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadang-kala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.        
29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.       

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!            
31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu,hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!