KUALA LUMPUR – Pagi ini, Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) telah berkunjung ke pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, di sini untuk menyampaikan memorandum bantahan mereka terhadap sebuah karikatur yang disiarkah akhbar itu yang didakwa menghina Islam.
Dewan Pemuda memberikan tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf kepada umat Islam di negara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pelukis karikatur, Miki.
Ketua DPPP, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, sekiranya akhbar tersebut gagal berbuat sebagaimana yang dituntut di dalam kandungan memorandum yang diserahkan, maka pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memastikan tuntutan tersebut terlaksana.
Itu adalah pandangan PAS dan terpulang kepada mereka untuk bagaimana mereka hendak bertindak dalam hal itu.
Namun, jika ukuran yang digunapakai adalah berkaitan Islam dan kesucian agama berkenaan, maka Dewan Pemuda PAS dan pihak pembangkang di negara ini harus bersikap terbuka adil.
Agama adalah perkara yang tidak sepatutnya dipolitikan atau dipermainkan oleh mana-mana pihak pun.
Atas aspek mencari keadilan untuk Islam, Mynewshub.my ingin pembaca melihat sebuah kartun yang disiarkan dalam blog Ruang Bicara Faisal (RBF). (http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/)
Tidakkah kartun ini juga memiliki unsur menghina Islam? Di mana pendirian PAS dan pembangkang dalam hal menghina Islam jika kartun ini dinilai?
Mynewshub.my tidak menyebelahi sesiapa, tetapi jika kesucian agama hendak dipertahankan, semua pihak harus jauhkan ia dari politik, kerana politik adalah perebutan untuk mendapatkan kuasa semata-mata, bukannya mencari kerahmatan tuhan.
(Bahagian kartun Ulama ditulis perkataan Muhammad dan Allah , manakala bahagian kartun Ulama UMNO ditulis pula Mahathir Muhammad dan AbdulALLAH Badawi.


















